Thursday, February 10, 2011

SUKOL 2011 ep 1

Haaa kali aku nak cakap pasal SUKOL..yee SUKOL iaitu Sukan Kolej dan aku tiba-tiba kena terlibat dengan SUKOL ni (kena paksa masuk perbarisan untuk kolej sebab mula-mula ramai tak nak join)..aku difahamkan yang SUKOL ni dah agak lama tak diadakan.

Maka malam tadi bermula la training perbarisan untuk SUKOL tu nanti..dah la competition tu 11hb ni, 2 hari je tinggal nak prepare..tapi kami bernasib baik disebabkan platun perbarisan kolej aku ni majoriti pandai kawad (ada siap pakai kain pelikat masa training td.haha) dan staf PP yang jaga untuk perbarisan ni nak kami kawad betul2 (ni nak masak kawad SUKOL ke kawad PERKAD? haha).

Malam esok sambung balik training perbarisan pukul 10.00pm, nak bincang pasal persembahan masa lalu depan stage VIP tu nanti (kalau buat tarian para @ tarian tts ok tak?ada budak platun cadang buat chicken dance..whatta =.=).. mesti penat dah la esok ada kelas malam sampai pukul 10.00pm.
MySpace

*Tadi aku buat kuiz kat facebook Apakah Karakter Anda dalam Hantu Kak Limah..

dan hasilnya
.
.
.
.

haha..bomoh siam!!

Belawok, Belawok, Belawok, Belawok, Belawok MySpace

3 comments: