Monday, February 21, 2011

Alkisah mencari sponsor

Hari ni sangat penat sebab tiba-tiba kena jadi AJK tambahan untuk cari sponsor bagi majlis kenduri kawen aku makan malam program aku. Selepas diajak oleh ketua projek untuk menemani, maka nak tak nak terpaksa la aku ikut dorang ni cari sponsor keliling shah alam sampai aku rasa macam main pusing-pusing shah alam lak sebab salah jalan walaupun ada GPS dan pembaca GPS tapi masih boleh salah jalan (itu bukan salah aku, kerja aku ikut je korang hahaha)

Tempat-tempat yang menjadi sasaran kami adalah disekitar Plaza Alam Sentral, Gardenia, Gulati's, First Lady dan juga yang terakhir kat pejabat perhubungan parti politik (terpaksa dirahsiakan) di shah alam. Hasil aktiviti redah kami maka hasilnya seperti berikut :

Gardenia           - "adik datang esok jumpa admin, biasanya selalu dapat tapi pergi pagi waktu pejabat"
Gulati's              -  "adik kena pergi HQ kat KL"
Butik(s)             - "maaf la, bos tak selalu datang sini" @ "adik kena pergi HQ"
Pejabat politik   - "maaf la, kami sekarang duit bajet takde tapi boleh cuba" *kenapa tak nak cakap duit takde      sebab da nak dekat PRU je kan senang =.='

Moral of the story : hari ni jalan-jalan pusing shah alam, dan sila bersabar dalam mencari sponsor haha



* Ingat coklat ingat makcik jual coklat kat sacc mall, orang sibuk tanya pasal tempahan dia sibuk ngan mesin coklat boleh buat 4000 biji =.='

No comments:

Post a Comment